Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Oasis Selatan Resources merupakan sebuah syarikat berdaftar yang hanya menawarkan barang-barang yang asli serta berkualiti.

Batu - batu permata (gemstones) yang ditawarkan adalah batu permata asli bukan 'synthetic' atau buatan. Harga kami adalah antara yang terbaik memandangkan kami mendapatkan bekalan permata terus dari pengeluar - pengeluar yang terkenal dengan kualiti serta keasliannya.

Kami menawarkan kepelbagaian produk dari Emas Tulen, Permata, Mustika, Geliga, Pakaian, Makanan & Minuman, Khidmat Perlancongan, Sewa Kenderaan dan lain-lain.

Terima kasih.

Saturday, March 14, 2015

Permata Giok Bio Solar

Alhamdulillah, dapat juga Oasis Selatan Resources membawa masuk sebutir permata yang amat terkenal di Aceh, Indonesia iaitu Permata Giok Bio Solar Aceh. Seakan - akan Batu Lumut namun permata ini tergolong dalam batuan jenis Vesuvianite (Idocrase) yang berasal dari bumi Aceh sendiri.

Bio Solar adalah tergolong di antara salah satu permata yang menjadi rebutan di kawasan Utara Sumatera oleh peminat-peminat 'gemstone'.


Dari sudut kelebihan Bio Solar, ianya merupakan sejenis batu yang mempunyai getarannya sendiri. Aura utama permata ini adalah mendorong si pemakai menjadi lebih kuat bersemangat untuk mencapai hasrat di hati (pemberi semangat) serta menutupi rasa keegoan pada diri yang mungkin tidak menyenangkan orang lain. Ia juga mempunyai aura keyakinan diri dan kesetiaan. Amat sesuai dijadikan loket atau mata cincin.


Harga untuk Permata Giok Bio Solar Aceh ini adalah RM60.00 siap dengan kos pembungkusan dan pos.

Sila hubungi Call/SMS/Whatsapp ke KOSONG1126829010 untuk memilikinya.

Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

** Segala kelebihan pada permata adalah datangnya daripada Allah SWT dan dengan izinNya.



Friday, February 27, 2015

Collectable : Kerambit


Kerambit merupakan senjata tradisi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Oasis Selatan Resources menawarkan senjata tradisi ini untuk dijadikan sebagai satu koleksi kepada peminat-peminat / pengumpul-pengumpul yang meminatinya.

Hanya yang terbaik dan berkualiti ditawarkan. Kerabit ini hulunya diperbuat daripada Tanduk Kerbau, sarungnya pula dari Kayu Penawar Hitam, manakala bilahnya yang sepanjang 3 inci adalah dari High Speed Germany Steel (Mata Potong Balak).

Harga untuk dimaharkan adalah RM180.00 sebilah.


Sila hubungi kami melalui Call/SMS/Whatsapp di talian KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika berhajat untuk mendapatkannya.

Terima kasih,


Tuesday, February 24, 2015

Permata Peridot - Arizona


Permata Peridot yang di tawarkan ini berasal dari Arizona, Texas. Di benua Amerika, ianya turut digelar sebagai Healer's Stone.

Merupakan birthstone untuk bulan Ogos. Auranya dikatakan mampu membantu dalam proses memperbaiki perhubungan yang renggang terutama untuk pasangan kekasih atau yang telah berkahwin. Selain itu, aura pada Permata Peridot juga boleh membantu dalam mengurangkan stress (suasana tegang dalam perhubungan), penyejuk hati/perasaan marah dan masalah mudah cemburu. Semua sifat permata ini adalah hasil daripada kajian aura permata oleh pengamal-pengamal metafizik. Segala kelebihan adalah datangnya daripada Allah SWT dan dengan izinNya.


Harga untuk sebutir Permata Peridot ini adalah RM50.00. Manakala jika dibeli sepasang, harga yang ditawarkan adalah RM80.00. Harga adalah termasuk kos pembungkusan dan penghantaran.

Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika berkenan dengan keunikan hijau (lime green) Peridots. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

Permata Firus Berurat Emas (Biru Turquoise)


1 permata Firus Urat Emas berwarna biru turquoise untuk dijual. Batu baru yang bersaiz sedikit besar dari syiling 10 sen. Saiz sebegini jika untuk lelaki, ianya amatlah sesuai di ikat cincin manakala untuk wanita di ikat menjadi loket.

Batu ini berasal dari Mexico. Uratan emas yang dilihat pada batu - batu Firus sebenarnya bukanlah emas, sebaliknya ianya adalah tembaga. Oleh yang demikian, tiada keraguan untuk lelaki yang beragama Islam memakainya.

Cincin yang diikat dengan permata bersaiz sebegini amat sesuai dipakai pada majlis-majlis keramaian (terutama kenduri) kerana ianya pasti akan menyerlah dijari menarik perhatian orang sekeliling ditambah dengan warnanya yang menarik.


Jika ada yang sudi melamarnya, harga yang ditetapkan adalah RM120.00 termasuk kos pembungkusan & penghantaran. Sila hubungi kami di KOSONG1126829010 samada melalui panggilan, sms atau whatsapp untuk mendapatkannya.

Terima kasih,

Monday, February 23, 2015

Permata Zircon - Kuning


Sebutir lagi Permata Batu Zircon / Batu Serai Zircon asal dari Negara Brazil untuk dijual.

Istimewanya Zircon ini adalah ianya mempunyai pelbagai warna. Setiap warna Permata Zircon ini menurut pakar metafizik mempunyai kelebihan ion serta auranya yang tersendiri. Khusus untuk Zircon yang berwarna kuning, kelebihan auranya boleh membuatkan si Pemakai berfikir secara bijak, mengatasi masalah kesukaran tidur, menarik perhatian pasangan si Pemakai dan meningkatkan kekuatan seksual. Semuanya kelebihan - kelebihan pada permata Zircon hasil kajian pengamal Metafizik ini adalah dengan izin Allah SWT jua adanya.
 
Batu Serai Zircon dan Batu Serai Asli adalah 2 permata yang berbeza. Yang ditawarkan ini adalah Permata Zircon Asli dan bukannya Batu Serai. Harga jual RM40.00 termasuk pos. Silalah Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com untuk mendapatkannya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Citrine : Dark Gold


Oasis Selatan Resources membawa masuk beberapa Permata Citrine yang berwarna kuning gelap (hampir kecoklatan) yang jarang-jarang dijual di pasaran.
 
 
Ada yang memanggil Citrine sebagai Gold Topaz, Madeira dan Spanish Topaz. Namun ianya jauh tidak sama seperti Topaz kecuali warnanya yang redup.

Citrine, birthstone untuk bulan November bersama permata Topaz mempunyai ion aura kasih sayang dan kebahagiaan serta membangkitkan tenaga serta stamina. Auranya juga dikatakan mampu menjauhkan rasa iri hati dan niat tidak baik seseorang kepada si Pemakai. Namun yang demikian, Permata Citrine dinyatakan tidak sesuai untuk dipakai oleh mereka - mereka yang cepat panas baran / pemarah. Semua aura kelebihan pada Permata Citrine yang dikaji oleh para metafizik adalah anugerah daripada Allah SWT.
Kami menawarkan 2 potongan iaitu Oval dan Octagon dengan harga seperti berikut :-

1. Cutting Oval = RM60.00 sebutir (RM100.00 jika beli sepasang)
2. Cutting Octagon = RM50.00 sebutir (RM80.00 jika beli sepasang)

Harga termasuk kos penghantaran.

Amat cantik dijadikan cincin dan loket. Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 untuk memilikinya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

Topaz Biru - Swiss Blue



Kami ada 1 butir permata Topaz bersaiz 9x7 potongan Octagon yang ingin di tawarkan. Batu asal dari Negara Brazil.

Selain warnanya yang mendamaikan, Topaz Biru mempunyai aura yang boleh meningkatkan keyakinan pemakainya berkomunikasi samada melalui percakapan mahupun penulisan. Membantu kelancaran dalam penyampaian kata-kata / ucapan terutama apabila berhadapan dengan orang ramai. Auranya juga mengikut pengamal metafizik mampu mempermudahkan masalah kesukaran untuk tidur dan menggamit mimpi-mimpi yang baik sewaktu tidur. Topaz juga melambangkan kasihsayang yang mengurangkan kemurungan.

Harga tawaran untuk Swiss Blue Topaz ini adalah RM70.00. Sila Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika tertawan dengan ketenangan Blue Topaz. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,