Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Oasis Selatan Resources merupakan sebuah syarikat berdaftar yang hanya menawarkan barang-barang yang asli serta berkualiti.

Batu - batu permata (gemstones) yang ditawarkan adalah batu permata asli bukan 'synthetic' atau buatan. Harga kami adalah antara yang terbaik memandangkan kami mendapatkan bekalan permata terus dari pengeluar - pengeluar yang terkenal dengan kualiti serta keasliannya.

Kami menawarkan kepelbagaian produk dari Emas Tulen, Permata, Mustika, Geliga, Pakaian, Makanan & Minuman, Khidmat Perlancongan, Sewa Kenderaan dan lain-lain.

Terima kasih.

Monday, February 23, 2015

Selamat Datang Ke Oasis Selatan


Alhamdulillah, setelah beberapa kali cuba untuk mewujudkan laman khusus untuk Oasis Selatan Resources, hari ini nampaknya ianya telah dapat direalisasikan meskipun dengan penggunaan platform Blogspot buat sementara waktu.

Oasis Selatan Resources beroperasi di Negeri Bersejarah iaitu Negeri Melaka dengan menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan. Antara produk-produk utama yang tawarkan adalah :-
  1. Jual Beli Emas Tulen / Perhiasan
  2. Jual Beli Batu - Batu Permata (Gemstones) / Mustika / Geliga
  3. Jual Beli Pakaian dan Produk-Produk Kainan.
  4. Jual Beli Barangan Koleksi (Collectable Items) & Antik
  5. Jual Beli Barangan Makanan & Minuman
  6. Jual Beli Barangan Elektrik & Komputer
  7. Jual Beli Aksessori Kenderaan
  8. Khidmat Sewa Kenderaan
  9. Khidmat Perlancongan & Pengurusan Acara
Misi Oasis Selatan Resources adalah untuk menjadi pusat belian online yang dipercayai serta digemari oleh para pelanggan.

Batu-batu Permata (Gemstones) yang ditawarkan adalah permata yang asli dan hampir kebanyakkannya diperolehi secara terus daripada pengeluar-pengeluar yang dipercayai dari luar dan dalam negara. Ini membuatkan kami dapat memastikan yang harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik.

Oasis Selatan Resources boleh dihubungi melalui talian KOSONG1126829010 (Call/SMS/Whatsapp) atau email ke oasis.selatan@gmail.com atau boleh lawati kami di laman Facebook https://www.facebook.com/oasis.selatan

Insyallah hanya yang terbaik yang akan ditawarkan kepada para pelanggan.

Terima kasih.

** Ingin diingatkan bahawa barangan berupa Permata, Geliga, Mustika, Koleksi & Antik yang ditawarkan ada di antaranya yang mempunyai aura/kelebihannya masing-masing yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Kita harus faham bahawa kelebihan-kelebihan ini adalah datangnya dari Allah SWT dan pergantungan doa serta kepercayaan wajib hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa. Jangan sesekali kita bergantung harapan kepada yang lain selain Allah SWT kerana pergantungan atau permintaan selain kepadaNya akan menjerumuskan kita ke arah kesesatan dan kesyirikan.**




No comments:

Post a Comment