Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Oasis Selatan Resources merupakan sebuah syarikat berdaftar yang hanya menawarkan barang-barang yang asli serta berkualiti.

Batu - batu permata (gemstones) yang ditawarkan adalah batu permata asli bukan 'synthetic' atau buatan. Harga kami adalah antara yang terbaik memandangkan kami mendapatkan bekalan permata terus dari pengeluar - pengeluar yang terkenal dengan kualiti serta keasliannya.

Kami menawarkan kepelbagaian produk dari Emas Tulen, Permata, Mustika, Geliga, Pakaian, Makanan & Minuman, Khidmat Perlancongan, Sewa Kenderaan dan lain-lain.

Terima kasih.

Friday, February 27, 2015

Collectable : Kerambit


Kerambit merupakan senjata tradisi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Oasis Selatan Resources menawarkan senjata tradisi ini untuk dijadikan sebagai satu koleksi kepada peminat-peminat / pengumpul-pengumpul yang meminatinya.

Hanya yang terbaik dan berkualiti ditawarkan. Kerabit ini hulunya diperbuat daripada Tanduk Kerbau, sarungnya pula dari Kayu Penawar Hitam, manakala bilahnya yang sepanjang 3 inci adalah dari High Speed Germany Steel (Mata Potong Balak).

Harga untuk dimaharkan adalah RM180.00 sebilah.


Sila hubungi kami melalui Call/SMS/Whatsapp di talian KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika berhajat untuk mendapatkannya.

Terima kasih,


Tuesday, February 24, 2015

Permata Peridot - Arizona


Permata Peridot yang di tawarkan ini berasal dari Arizona, Texas. Di benua Amerika, ianya turut digelar sebagai Healer's Stone.

Merupakan birthstone untuk bulan Ogos. Auranya dikatakan mampu membantu dalam proses memperbaiki perhubungan yang renggang terutama untuk pasangan kekasih atau yang telah berkahwin. Selain itu, aura pada Permata Peridot juga boleh membantu dalam mengurangkan stress (suasana tegang dalam perhubungan), penyejuk hati/perasaan marah dan masalah mudah cemburu. Semua sifat permata ini adalah hasil daripada kajian aura permata oleh pengamal-pengamal metafizik. Segala kelebihan adalah datangnya daripada Allah SWT dan dengan izinNya.


Harga untuk sebutir Permata Peridot ini adalah RM50.00. Manakala jika dibeli sepasang, harga yang ditawarkan adalah RM80.00. Harga adalah termasuk kos pembungkusan dan penghantaran.

Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika berkenan dengan keunikan hijau (lime green) Peridots. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

Permata Firus Berurat Emas (Biru Turquoise)


1 permata Firus Urat Emas berwarna biru turquoise untuk dijual. Batu baru yang bersaiz sedikit besar dari syiling 10 sen. Saiz sebegini jika untuk lelaki, ianya amatlah sesuai di ikat cincin manakala untuk wanita di ikat menjadi loket.

Batu ini berasal dari Mexico. Uratan emas yang dilihat pada batu - batu Firus sebenarnya bukanlah emas, sebaliknya ianya adalah tembaga. Oleh yang demikian, tiada keraguan untuk lelaki yang beragama Islam memakainya.

Cincin yang diikat dengan permata bersaiz sebegini amat sesuai dipakai pada majlis-majlis keramaian (terutama kenduri) kerana ianya pasti akan menyerlah dijari menarik perhatian orang sekeliling ditambah dengan warnanya yang menarik.


Jika ada yang sudi melamarnya, harga yang ditetapkan adalah RM120.00 termasuk kos pembungkusan & penghantaran. Sila hubungi kami di KOSONG1126829010 samada melalui panggilan, sms atau whatsapp untuk mendapatkannya.

Terima kasih,

Monday, February 23, 2015

Permata Zircon - Kuning


Sebutir lagi Permata Batu Zircon / Batu Serai Zircon asal dari Negara Brazil untuk dijual.

Istimewanya Zircon ini adalah ianya mempunyai pelbagai warna. Setiap warna Permata Zircon ini menurut pakar metafizik mempunyai kelebihan ion serta auranya yang tersendiri. Khusus untuk Zircon yang berwarna kuning, kelebihan auranya boleh membuatkan si Pemakai berfikir secara bijak, mengatasi masalah kesukaran tidur, menarik perhatian pasangan si Pemakai dan meningkatkan kekuatan seksual. Semuanya kelebihan - kelebihan pada permata Zircon hasil kajian pengamal Metafizik ini adalah dengan izin Allah SWT jua adanya.
 
Batu Serai Zircon dan Batu Serai Asli adalah 2 permata yang berbeza. Yang ditawarkan ini adalah Permata Zircon Asli dan bukannya Batu Serai. Harga jual RM40.00 termasuk pos. Silalah Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com untuk mendapatkannya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Citrine : Dark Gold


Oasis Selatan Resources membawa masuk beberapa Permata Citrine yang berwarna kuning gelap (hampir kecoklatan) yang jarang-jarang dijual di pasaran.
 
 
Ada yang memanggil Citrine sebagai Gold Topaz, Madeira dan Spanish Topaz. Namun ianya jauh tidak sama seperti Topaz kecuali warnanya yang redup.

Citrine, birthstone untuk bulan November bersama permata Topaz mempunyai ion aura kasih sayang dan kebahagiaan serta membangkitkan tenaga serta stamina. Auranya juga dikatakan mampu menjauhkan rasa iri hati dan niat tidak baik seseorang kepada si Pemakai. Namun yang demikian, Permata Citrine dinyatakan tidak sesuai untuk dipakai oleh mereka - mereka yang cepat panas baran / pemarah. Semua aura kelebihan pada Permata Citrine yang dikaji oleh para metafizik adalah anugerah daripada Allah SWT.
Kami menawarkan 2 potongan iaitu Oval dan Octagon dengan harga seperti berikut :-

1. Cutting Oval = RM60.00 sebutir (RM100.00 jika beli sepasang)
2. Cutting Octagon = RM50.00 sebutir (RM80.00 jika beli sepasang)

Harga termasuk kos penghantaran.

Amat cantik dijadikan cincin dan loket. Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 untuk memilikinya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

Topaz Biru - Swiss Blue



Kami ada 1 butir permata Topaz bersaiz 9x7 potongan Octagon yang ingin di tawarkan. Batu asal dari Negara Brazil.

Selain warnanya yang mendamaikan, Topaz Biru mempunyai aura yang boleh meningkatkan keyakinan pemakainya berkomunikasi samada melalui percakapan mahupun penulisan. Membantu kelancaran dalam penyampaian kata-kata / ucapan terutama apabila berhadapan dengan orang ramai. Auranya juga mengikut pengamal metafizik mampu mempermudahkan masalah kesukaran untuk tidur dan menggamit mimpi-mimpi yang baik sewaktu tidur. Topaz juga melambangkan kasihsayang yang mengurangkan kemurungan.

Harga tawaran untuk Swiss Blue Topaz ini adalah RM70.00. Sila Call/SMS/Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com jika tertawan dengan ketenangan Blue Topaz. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

Permata Zircon - Merah

1 butir Permata Zirconia - Red, origin dari negara Brazil untuk dijual. Batu cantik, saiz boleh ikat cincin dan loket. Harga memang terbaik mampu milik.
Batu Zircon ini ada juga yang menjualnya dan diberi nama sebagai Batu Serai. Batu Serai Zircon dan Batu Serai Asli adalah 2 permata yang berbeza. Yang ditawarkan ini adalah Permata Zircon Asli dan bukannya Batu Serai.

Istimewanya Zircon ini adalah ianya mempunyai pelbagai warna. Setiap warna Permata Zircon ini menurut pakar metafizik mempunyai kelebihan ion serta auranya yang tersendiri. Semuanya dengan izin Allah SWT jua adanya.
 
Harga jual RM40.00 termasuk pos. Silalah Wassap ke KOSONG1126829010 atau email ke oasis.selatan@gmail.com untuk mendapatkannya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.


Batu Firus / Pirus Urat Emas (Ungu)


Sempena pos pertama, Oasis Selatan Resources ingin menawarkan sebutir Permata Pirus / Firuz Berurat Emas seperti di dalam gambar di atas.

Permata ini berasal dari Negara Mexico berwarna Ungu / Biji Kundang. Harga yang di tawarkan adalah RM80.00 siap pos.

Bagi yang berkenan, bolehlah Wassap ke KOSONG1126829010 / Email ke oasis.selatan@gmail.com untuk memilikinya. Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih.

Selamat Datang Ke Oasis Selatan


Alhamdulillah, setelah beberapa kali cuba untuk mewujudkan laman khusus untuk Oasis Selatan Resources, hari ini nampaknya ianya telah dapat direalisasikan meskipun dengan penggunaan platform Blogspot buat sementara waktu.

Oasis Selatan Resources beroperasi di Negeri Bersejarah iaitu Negeri Melaka dengan menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan. Antara produk-produk utama yang tawarkan adalah :-
  1. Jual Beli Emas Tulen / Perhiasan
  2. Jual Beli Batu - Batu Permata (Gemstones) / Mustika / Geliga
  3. Jual Beli Pakaian dan Produk-Produk Kainan.
  4. Jual Beli Barangan Koleksi (Collectable Items) & Antik
  5. Jual Beli Barangan Makanan & Minuman
  6. Jual Beli Barangan Elektrik & Komputer
  7. Jual Beli Aksessori Kenderaan
  8. Khidmat Sewa Kenderaan
  9. Khidmat Perlancongan & Pengurusan Acara
Misi Oasis Selatan Resources adalah untuk menjadi pusat belian online yang dipercayai serta digemari oleh para pelanggan.

Batu-batu Permata (Gemstones) yang ditawarkan adalah permata yang asli dan hampir kebanyakkannya diperolehi secara terus daripada pengeluar-pengeluar yang dipercayai dari luar dan dalam negara. Ini membuatkan kami dapat memastikan yang harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik.

Oasis Selatan Resources boleh dihubungi melalui talian KOSONG1126829010 (Call/SMS/Whatsapp) atau email ke oasis.selatan@gmail.com atau boleh lawati kami di laman Facebook https://www.facebook.com/oasis.selatan

Insyallah hanya yang terbaik yang akan ditawarkan kepada para pelanggan.

Terima kasih.

** Ingin diingatkan bahawa barangan berupa Permata, Geliga, Mustika, Koleksi & Antik yang ditawarkan ada di antaranya yang mempunyai aura/kelebihannya masing-masing yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Kita harus faham bahawa kelebihan-kelebihan ini adalah datangnya dari Allah SWT dan pergantungan doa serta kepercayaan wajib hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa. Jangan sesekali kita bergantung harapan kepada yang lain selain Allah SWT kerana pergantungan atau permintaan selain kepadaNya akan menjerumuskan kita ke arah kesesatan dan kesyirikan.**