Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Oasis Selatan Resources merupakan sebuah syarikat berdaftar yang hanya menawarkan barang-barang yang asli serta berkualiti.

Batu - batu permata (gemstones) yang ditawarkan adalah batu permata asli bukan 'synthetic' atau buatan. Harga kami adalah antara yang terbaik memandangkan kami mendapatkan bekalan permata terus dari pengeluar - pengeluar yang terkenal dengan kualiti serta keasliannya.

Kami menawarkan kepelbagaian produk dari Emas Tulen, Permata, Mustika, Geliga, Pakaian, Makanan & Minuman, Khidmat Perlancongan, Sewa Kenderaan dan lain-lain.

Terima kasih.

Saturday, March 14, 2015

Permata Giok Bio Solar

Alhamdulillah, dapat juga Oasis Selatan Resources membawa masuk sebutir permata yang amat terkenal di Aceh, Indonesia iaitu Permata Giok Bio Solar Aceh. Seakan - akan Batu Lumut namun permata ini tergolong dalam batuan jenis Vesuvianite (Idocrase) yang berasal dari bumi Aceh sendiri.

Bio Solar adalah tergolong di antara salah satu permata yang menjadi rebutan di kawasan Utara Sumatera oleh peminat-peminat 'gemstone'.


Dari sudut kelebihan Bio Solar, ianya merupakan sejenis batu yang mempunyai getarannya sendiri. Aura utama permata ini adalah mendorong si pemakai menjadi lebih kuat bersemangat untuk mencapai hasrat di hati (pemberi semangat) serta menutupi rasa keegoan pada diri yang mungkin tidak menyenangkan orang lain. Ia juga mempunyai aura keyakinan diri dan kesetiaan. Amat sesuai dijadikan loket atau mata cincin.


Harga untuk Permata Giok Bio Solar Aceh ini adalah RM60.00 siap dengan kos pembungkusan dan pos.

Sila hubungi Call/SMS/Whatsapp ke KOSONG1126829010 untuk memilikinya.

Insyallah keaslian terjamin dari Oasis Selatan Resources.

Terima kasih,

** Segala kelebihan pada permata adalah datangnya daripada Allah SWT dan dengan izinNya.